Sunday, 22 January 2012

~*~MENGGAPAI PELANGI DI HUJUNG MIMPI~*~

Rasa sayang yang hadir di dalam hati sebenarnya berlaku adalah kerana limpahan kasih yang berada jauh di suatu sudut lain. Ianya sama seperti melihat gambar seseorang dengan rasa kasih. Rasa itu adalah sekadar sentuhan dan tidak seharusnya ditanam di dalam hati. Rasa itu jugalah yang akan hadir tatkala sampai waktu kita akan meninggalkan dunia ini. Kelebihan untuk kaum hawa, akan dapat menyentuh rasa itu tatkala anak lelaki atau saudara lelaki bertemu jodoh mereka.

Pengalaman rasa itu juga adalah dari "Tajalli" atau penzahiran dari sifat "Jamal" Allah. Ia juga dikatakan tenggelam. Bermakna perjalanan kerohanian telah sampai ke makam tertentu. Kesimpulannya, itulah yang dinamakan "Jazbah".

Dengan sedikit sentuhan limpahan zikir, diri dilambung ke zaman ribuan tahun di mana sejarah berlalu. Inilah kebenaran yang disebut "Hakkul Yakin" setelah melihat bayangan "Jamalullah". Dalam satu rasa ada beribu rasa. Ini hanyalah sedikit pecahan "Syuhudul katrah fi wahdah dan Syuhudul wahdah fi katrah".

No comments:

Post a Comment